PENJAGA gol Juventus, Gianluigi Buffon memuji karektor kepimpinan yang ditunjukkan penyerangan pasukan itu Cristiano Ronaldo dan Gonzalo Higuan yang bekerja keras ketika menewaskan Bayer Leverkusen pada aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
Meskipun ada yang mengatakan hubungan kedua-dua pemain itu kurang baik namun, tahap profesional ketika di dalam padang cukup tinggi dengan menyaksikan mereka berjaya mencetak gol pada 15 minit terakhir perlawanan bagi memastikan Juventus kekal sebagai pendahulu kumpulan.
"Mereka berdua menunjukkan kepada rakan sepasukan mengenai kerja keras dalam setiap perlawanan musim ini. Jika kita berdepan dengan permainan seperti ini, saya yakin kita semua boleh lakukan perkara hebat.
"Satu petanda buruk kita seseorang pemain itu tidak bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun baharu berusia 20-an. Apatah lagi jika sudah menginjak ke usia 40 tahun.
"Saya gembira kerana mempunyai contoh terbaik seperti Ronaldo dan Higuain yang mengekalkan prestasi, etika kerja dan pengorbanan untuk pasukan," katanya.
Pada perlawanan itu, Juventus berpeluang mendahului Leverkusen seawal babak pertama menerusi Ronaldo tetapi gagal menyambar hantaran Higuain sehinggalah umpanan daripada Paulo Dybala pada minit ke 75 disudahkan dengan baik oleh penyerang itu
Higuan pada minit ke 90 menghadiahkan kemenangan mutlak buat Juventus selepas rembatan rendah ke penjuru kanan gol yang gagal diselamatkan penjaga gawang Leverkusen, Lukas Hradecky sekaligus memastikan pasukan itu ke saingan 16 pasukan akhir selaku juara kumpulan.
Mengiringi Juventus daripada Kumpulan D ke perlawanan 16 kumpulan akhir ialah Atletico Madrid yang membenam Locomotiv Moscow 2-0 juga awal pagi tadi untuk mengumpul 10 mata.