Perak intai import Vietnam

Iklan
Ahmad Faizal Azumu

PERAK sedang mengintai peluang mengikat pemain berpotensi daripada Vietnam bagi mengisi satu lagi slot kuota pemain import mereka.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Ahmad Faizal Azumu berkata, melihat kepada aksi pemain-pemain Vietnam ketika beraksi ketika kejohanan Sukan Asia Tenggara (SEA) baru-baru ini, mungkin seorang daripada mereka akan menyertai skuad The Bos Gaurus itu.

Iklan
Iklan

Katanya, hasrat itu sudah dimaklumkan kepada ketua jurulatih pasukan, Mehmed Durakovic untuk memilih pemain dari negara tersebut.

"Kita tengah tinjau-tinjau (pemain import). Vietnam ini bagus juga pemain dia bila menang sukan SEA boleh tahan juga. Saya dah bercakap dengan Mehmed pergilah tengok. (memilih) pemain bukan kerja saya, kerja Mehmedlah," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku Tualang Sekah di Tapak Projek Rumah Perakku di sini hari ini.

Iklan

Sementara itu, mengenai kemasukan pemain import baharu, Gulherme De Paula yang dikatakan akan menjadi pemain naturaliasi, Ahmad Faizal menjelaskan pemain tersebut mengisi kuota import dan bukan pemain tempatan.

Katanya, tempoh bermain De Paula dalam Liga Malaysia belum cukup untuk menjadi pemain naturalisasi.

Iklan

Terdahulu, Ahmad Faizal menerusi Facebooknya mengumumkan De Paula sebagai pemain import terbaharu pasukan Perak dalam mengharungi kancah Liga Super Malaysia musim hadapan.