Raih tiga pingat emas biarpun tanpa kasut

Iklan
Walaupun tidak memiliki kasut namun ia tidak mematahkan semangat Bullos yang akhirnya berjaya memenangi tiga pingat emas dalam acara larian. -Foto Predirick B. Valenzuela

FILIPINA - [DIKEMASKINI] Walaupun tidak memiliki kasut sukan dan hanya membalut jari kakinya menggunakan plaster, ia tidak mematahkan semangat seorang atlet Filipina yang telah memenangi tiga pingat emas dalam acara larian.

Kisah ini telah dikongsi oleh Predirick B. Valenzuela di laman Facebook miliknya yang telah memuat naik gambar Rhea Bullos, 11, yang hanya memakai plaster di sekeliling jari dan kakinya.

Iklan
Iklan

Lebih mendapat perhatian apabila plaster itu dilukis lambang 'Nike' yang menggambarkan ia merupakan kasut kebanggaan yang dipakai Bullos pada sukan tersebut.

Valenzuela turut memuat naik ciapan memberitahu"inilah design spike shoes Nike yang dihasilkan di Filipina. Tahniah Bullos atas kemenangan tiga pingat emas buat negara Filipina," tulisnya.

Iklan

Meskipun Bullos yang bersekolah di Salvasion Elementary dilihat hebat dalam dunia sukan namun ini hakikatnya dia dan atlet Filipina sangat sukar mendapatkan sokongan daripada mana-mana pihak dalam menyediakan sebarang peralatan untuk beraksi pada sukan berprestij itu.

Perkongsian tersebut kini tular di media sosial yang meraih 1,600 tanda suka di samping 705 berkongsi kisah tersebut dan rata-rata netizen mengharapkan agar kerajaan lebih menjaga kebajikan atlet yang telah melakukan terbaik buat negara.

Iklan

"Walaupun tiada kasut namun dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh demi memberi kemenangan buat negaranya. Syabas atlet. Kerajaan Filipina harus menjaga kebajikan para atlet kerana merekalah yang akan mengharumkan nama negara," tulis Ah Lim di Facebook.

Rus Idham pula memberitahu"Terbaik Bullos atas usaha anda yang telah memberi tiga pingat emas. Saya mengharapkan agar kerajaan Filipina selepas ini tidak mengabaikan atlet sehingga begini."