Kebajikan penjawat awam perlu terus dijaga

Iklan
Azih Muda

SHAH ALAM - Pemimpin datang dan pergi, namun kebajikan penjawat awam perlu terus dijaga, tegas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Beliau berkata, selain meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran Cuepacs, pelbagai perkara masih lagi perlu diperjuangkan, termasuk dari segi upah, elaun dan kebajikan lain buat pekerja awam.

Iklan
Iklan

"Saya yakin pengganti saya nanti akan terus memperjuang nasib dan kebajikan penjawat awam. Oleh itu, hubungan baik antara Cuapecs dengan kerajaan perlu dijaga dan ini merupakan faktor penting.

"Kita perlu saling faham memahami. Cuepacs faham kerajaan, kerajaan juga harus memahami susah senang pekerjanya terutama dalam golongan B40. Keperluan rumah, soal gaji yang juga perlu dilihat," katanya.

Iklan

Azih bakal mengakhiri perkhidmatannya sebagai presiden Cuepacs pada 19 Disember ini berkata demikian sebagai pesanan kepada calon-calon yang bakal bertanding jawatan itu.

Dijangka kira-kira 1,400 perwakilan kongres bakal mengundi bagi menentukan kepimpinan tertinggi kesatuan itu minggu hadapan.

Iklan

Konvensyen Tritahunan kali ke-28 kesatuan berkenaan bakal berlangsung selama tiga hari bermula pada 17 Disember dan berakhir 19 Disember ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini.