Ubat murah dikhuatiri tiada kualiti

Iklan
Zulkifli (dua dari kanan) pada Wacana Sinar Harian Siri ke-144 dengan tajuk Isu Harga Ubat Mahal: Siapa dan Apa Penentunya? di Dewan Karangkraf di sini malam tadi.

SHAH ALAM - Bekalan ubat yang diperoleh pada harga murah dikhuatiri tiada kualiti malah mungkin tidak sampai kepada 'pharmaceuticals standard'.

Penolong Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Zulkefli Mohamad berkata, senario itu perlu dipantau agar pengguna mendapat hak mereka.

Iklan
Iklan

"Kalau murah dia (pengeluar ubat) akan kompromi dari segi kualiti dan sebagai konsumer mungkin dari segi ubat-ubatan dihasilkan di sini atau di mana-mana ia akan kompromi dari segi bahan kurang kualitinya.

"Jadi benda benda macam inilah yang wujud di dalam sistem kita, perlu kita perhatikan, titikberatkan agar konsumer mendapat akses kepada 'health service' yang sepatutnya mereka dapat," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian Siri ke-144 dengan tajuk Isu Harga Ubat Mahal: Siapa dan Apa Penentunya? di Dewan Karangkraf di sini malam tadi.

Turut menjadi panelis ialah Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang dan Ahli jawatankuasa Dasar Awam, Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Azwar Kamarudin serta Dekan Fakulti Farmasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Mohamed Mansor Manan manakala personaliti TV, Amin Idris bertindak sebagai moderator.

Iklan

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, apabila menyebut ubat itu mahal, mungkin ia mahal bagi sesetengah pengguna yang tidak mendapat akses atau mampu untuk mendapatkan ubatan tersebut.

"Kalau kita hendak (ubat) murah pun tidak boleh juga. Kita memperjuangkan harga ubat ubatan ini supaya mampu milik, kita (dapat ubat berkualiti tetapi) bayar murah sedikit," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan wacana ini sebagai satu medan bukan menurunkan harga ubat tetapi meletakkan harga ubat pada harga patut didapati untuk di akses kepada pengguna.

"Kita tidak boleh berkompromi dengan 'health care' tetapi jika harga ubat mahal kemungkinan orang biasa melanggan ke klinik swasta akan ke hospital kerajaan.

Apabila ramai orang berpindah dari klinik swasta kepada hospital kerajaan, kerajaan akan merasakan satu kekangan bajet. Sekarang pun hospital sesak.

"Hospital Serdang misalnya, pelanggan perlu menunggu antara 3 hingga 4 jam. Kita tidak mahu ini berlaku. Kita perlu memikirkan kaedah kaedah yang boleh memperbaiki keadaan ini," katanya.