Penjaja daging babi tiada permit MDSB

Iklan
Tular di Facebook berhubung penularan penjualan daging babi di laman Facebook hari ini.

SABAK BERNAM - Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) tidak pernah mengeluarkan sebarang permit perniagaan kepada penjaja daging babi berhadapan Pasar Awam Pekan Sabak atau sekitarnya sebagaimana tular di Facebook hari ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Faizul Fitri Muslil berkata, sehingga kini, pihaknya tidak membenarkan sebarang aktiviti penjualan daging babi dilakukan secara terbuka terutama di tempat awam.

Iklan
Iklan

"MDSB akan sentiasa membuat pemantauan berkala terhadap perkara ini dan mengambil tindakan penguatkuasaan kepada penjaja sekiranya didapati bersalah," katanya.

Katanya, penjaja yang tular di Facebook kerana menjual daging babi tanpa lesen itu dipercayai menjalankan operasi perniagaannya seawal jam 7.30 pagi hingga jam 8.30 pagi.

Iklan

"Pihak kami telah menjalankan siasatan dan akan mendapatkan maklumat daripada peniaga berhampiran," katanya.

Sebelum ini, tular di laman Facebook yang memuat naik status memohon penjelasan MDSB berhubung penjualan daging babi di hadapan Pasar Awam Pekan Sabak.

Iklan