Peladang maut dibaham harimau

Iklan
Harimau Sumatera -Foto 123RF

SUMATERA SELATAN - Seorang peladang di Indonesia maut dibaham harimau Sumatera di sebuah ladang kopi di sini semalam.

Kes terbaharu itu adalah serangan ketiga membabitkan spesies haiwan terancam tersebut dalam masa kurang sebulan.

Iklan
Iklan

Menurut ketua polis tempatan, Ferry Harahap, rakan mangsa menjerit untuk memberi amaran tentang harimau yang semakin menghampirinya.

"Bagaimanapun, mangsa berusia 55 tahun gagal melarikan diri apabila harimau terbabit menerkamnya secara tiba-tiba," katanya.

Iklan

Serangan maut itu berlaku hanya seminggu selepas seorang peladang meninggal dunia akibat dibaham harimau berhampiran bandar Pagaralam.

Bulan lalu, seorang penanam kopi maut manakala dua pelancong tempatan cedera selepas diserang spesies sama.

Iklan

Jurucakap agensi pemuliharaan tempatan, Martialis Puspito berkata, serangan berlaku kerana manusia menceroboh habitat haiwan terancam itu dan penduduk telah diberi amaran supaya menjauhi kawasan hutan.

"Kita tidak boleh menghalau harimau kerana hutan adalah habitatnya. Jadi, manusia tidak perlu masuk ke hutan," katanya.

Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam menggagap harimau Sumatera sebagai spesies terancam kerana terdapat kurang daripada 400 ekor masih berada di hutan. - AFP