Syed Saddiq puji Restoran Pelita henti jual rokok

Iklan
Syed Saddiq berharap agar lebih ramai pengusaha kedai makan mengikut langkah dilakukan Restoran Pelita untuk menghentikan jualan rokok di premis masing-masing.

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji usaha dilakukan rangkaian restoran nasi kandar Pelita untuk menghentikan penjualan rokok menjelang hujung tahun ini.

Beliau berharap agar pengusaha restoran lain dapat mengikut jejak langkah syarikat Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd.

Iklan
Iklan

"Steady (mantap) Pelita! Harap yang lain ikut sekali tindakan mereka.

"A positive step forward for Malaysia (Satu langkah positif ke hadapan untuk Malaysia)," katanya membalas komen laporan Sinar Harian di Twitter tentang usaha dilakukan Pelita itu.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Restoran Pelita henti jual rokok]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa masih jual rokok di restoran?]

Iklan

Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk KK Sihabutheen berkata, langkah itu dilakukan bagi menyokong hasrat kerajaan yang menguatkuasakan larangan merokok di restoran dan kedai makan mulai awal tahun ini untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat maju yang penuh bertamadun menjelang 2020.

Beliau berkata, buat masa ini, syarikatnya terikat dengan kontrak bersama pembekal rokok, namun pihaknya akan memastikan semua kaunter akan menghentikan jualan rokok secara berperingkat hingga akhir tahun ini.