PENGARAH Sukan Salzburg, Christoph Freund mengesahkan bahawa Liverpool telah mengadakan perbincangan dengan pihaknya bagi mendapatkan khidmat Takumi Minamino.
Terdahulu, beberapa media antarabangsa melaporkan The Reds kini bersedia membelanjakan kira-kira £7.25 juta (RM) sebagai bayaran klausa pelepasan kontrak bintang antarabangsa Jepun itu.
Iklan
Iklan
Kelibat Minamino berjaya mencuri perhatian ketika Salzburg berdepan Liverpool dalam kedua-dua aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini sehingga turut menambat hati pengendali The Reds, Jurgen Klopp.
Terdapat juga laporan yang mengatakan Klopp mendesak pihak pengurusan Liverpool agar segera mendapatkan tandatangan Minamino pada jendela perpindahan pemain Januari depan.
"Saya tidak boleh komen mengenai kontrak secara terperinci tetapi apa yang boleh saya katakan, memang ada perbincangan yangt telah dilakukan dengan Liverpool.
"Ia satu penghormatan buat kelab ini apabila penyandang juara Liga Juara-Juara (Liverpool) dan beberapa kelab ternama berminat mendapatkan pemain kami," katanya.
Ketika ditanya jika perpindahan Minamino ke Anfield bakal berlaku Januari depan, Freund membalas:"Semua itu tidak mustahil."