RON97, RON95 dan diesel kekal

Iklan

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan tiada sebarang kenaikan atau penurunan bagi harga runcit produk petroleum RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh 14 sehingga 20 Disember.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, harga runcit petrol RON97 kekal pada harga RM2.64 seliter.

Iklan
Iklan

Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.18 seliter.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.34 seliter dan RM2.32 seliter masing-masing.

Iklan

"Tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95, manakala terdapat kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.30 seliter pada minggu lepas.

"Namun harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Katanya, ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

"Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh tersebut berjumlah RM111.44 juta,” katanya.