Tak perlu rujuk PM, TPM: Aziz Bari

Iklan
Abdul Aziz bersama Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh menyampaikan sumbangan program Kembali ke Sekolah.

IPOH - Isu pemberian hak milik kekal tanah boleh diselesaikan melalui bidang kuasa negeri tanpa perlu mendapat persetujuan perdana menteri mahupun timbalan perdana menteri.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, perkara itu dinyatakan secara jelas dalam peruntukan Kanun Tanah Negara bahawa pemberian hak milik tanah adalah mengikut dasar yang diputuskan pentadbiran negeri.

Iklan
Iklan

"Ianya berkaitan dasar negeri sahaja tiada kena mengena dengan persetujuan perdana menteri atau timbalan perdana menteri.

"Jika pun dasar dibuat itu nanti tidak dipersetujui peringkat Kabinet, di pihak kerajaan negeri kita harus pertahankan kerana itulah dasar yang telah dipersetujui," katanya ketika ditemui pada program Kembali ke Sekolah Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi 2019 dengan kerjasama Yayasan Perak di Dewan Komuniti Kampung Cempaka Sari di sini hari ini.

Sebahagian penerima program Kembali ke Sekolah peringkat DUN Tebing Tinggi.

Iklan

Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan, kerajaan negeri akan mendapatkan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Majlis Tanah Negeri (MTN) berkaitan isu tersebut sebelum melakukan tindakan seterusnya.

Abdul Aziz yang juga Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri berkata, apabila hak pemilikan tanah kekal diletakkan sebagai manifesto, perkara itu secara umumnya sudah pun menjadi sebahagian daripada dasar kerajaan untuk dilaksanakan.

Iklan

"Jadi tidak timbul isu ia tidak dibincangkan, juga tidak perlu nak tunggu keputusan atau resolusi Kabinet mahupun Mesyuarat Exco, rakyat dah menyokong dan mengundi, maka seharusnya janji ditunaikan selagi mana tiada masalah dari segi undang-undang," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian bahawa DAP bukanlah parti semberono membuat tuntutan tetapi menyuarakan hak yang telah dipersetujui bersama.

"Saya difahamkan ada seorang daripada Amanah (Parti Amanah Negara) yang menulis manifesto itu dan dipersetujui oleh semua parti di dalam gabungan Pakatan Harapan, ia bukan agenda daripada DAP.

"Yang menulis dan bercakap itulah perlu ditanya, mengapa masih belum ada mesyuarat atau perbincangan bagi menetapkan perkara ini," katanya.