ALOR SETAR - Tandatangan yang tertera di dokumen Warisan Kerabat DiRaja Kedah (Warisan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III) bukan tandatangan sebenar Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, kerajaan negeri menerima aduan daripada orang awam bahawa terdapat dokumen berupa watikah kurniaan yang diberikan kepada beberapa individu dan tertera tandatangan Sultan Kedah.