Persiap produk pelancongan daerah menjelang TMM 2020

Iklan
Aminuddin (baris hadapan,12 dari kanan) bersama penjawat awam yang hadir pada majlis itu.

PORT DICKSON - Semua daerah di Negeri Sembilan digesa mempersiapkan produk pelancongan masing-masing bagi menerima kedatangan pelancong terutamanya dari negara jiran menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pakej istimewa serta imej yang bersih, indah landskapnya perlu dijadikan tumpuan utama setiap daerah.

Iklan
Iklan

"Kita mahu memperkasakan lagi produk pelancongan sedia ada seperti di daerah Port Dickson sebagai tarikan dan menjadi pilihan pelancong.

"Selain itu, kita sedang mengenal pasti acara-acara yang bersesuaian untuk tahun hadapan di samping membincangkan bagaimana menarik lebih ramai pelancong khususnya dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Ketua-Ketua Jabatan di Port Dickson hari ini.

Iklan

Pada majlis berkenaan turut dilancarkan Sistem Pengurusan Pengaduan Awam Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.

Dalam pada itu, Aminuddin menuntut semua penjawat awam di Negeri Sembilan amnya untuk mendakap penggunaan teknologi dan dunia digital bagi mengimbangi tuntutan Revolusi Industri 4.0 supaya institusi perkhidmatan awam kekal relevan dan dinamik.

Iklan

"Sehubungan itu, penjawat awam boleh meneroka bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan (IOT) dalam membantu rutin pekerjaan harian.

"Gunakanlah teknologi moden ini untuk memudahkan penyampaian perkhidmatan dan seterusnya untuk meningkatkan hasil negeri supaya dapat menyejahterakan rakyat," katanya.