'Apa agaknya Tuanku Agong buat'

Iklan
Paparan Twitter Tunku Azizah berhubung gelagat Sultan Abdullah tular di laman sosial.

LONDON - Entri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam akaun laman sosial peribadi baginda sentiasa dinanti-nanti oleh warga alam maya.

Ini kerana, rakyat jelata menyifatkan permaisuri seorang bersahaja, rendah diri selain mencuit hati.

Iklan
Iklan

Terbaharu, entri baginda yang menulis 'Apa agaknya Tuanku Agong buat' mencuri perhatian netizen.

Tunku Azizah memuat naik tiga keping gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berada di dalam sebuah kereta, namun apa yang menarik perhatian adalah gelagat Agong.

Iklan

Netizen saling meneka apa dilakukan oleh Agong, namun kebanyakan mereka meneka Agong sedang bermain PUBG.

"Ingatkan tengah perang PUBG," ciap @Amirul_

Iklan

Kata @fairuszahrinn,"Tuanku Agong nak buat vlog tu tuanku."

Bagaimanapun, rata-rata tekaan netizen silap selepas melihat foto itu secara lebih dekat itu.

Ternyata Agong dilihat sedang merakam suasana perjalanan mereka di London yang turut memaparkan seorang anggota polis mengiring kenderaan baginda.

@JeremyYusof berkata,"Ingatkan tuanku main pokemon go, rupanya tengah rekod video."

Baginda melakukan lawatan khas di United Kingdom (UK) dari 9 Disember hingga 16 Disember ini.

Sehingga kini, entri itu mencecah 10,200 tanda suka daripada netizen.