AHMEDABAD - Stadium kriket terbesar di dunia yang boleh menempatkan seramai 110,000 penonton kini hampir siap dibina di India dan mungkin menjadi tuan rumah untuk perlawanan antarabangsa pertamanya awal tahun depan.
Infrastruktur terbaharu di Ahmedabad itu dibina dengan kos kira-kira AS$100 juta (RM413.87 juta) dan boleh menampung lebih ramai penonton berbanding Melbourne Cricket Ground di Australia yang dapat memuatkan sekitar 100,000 penonton.
Iklan
Iklan
Menurut laporan, stadium Sardar Patel dijangka menjadi tuan rumah perlawanan pertamanya pada Mac tahun depan dan perlawanan persahabatan antara Asia XI dengan World XI sebagai persaingan sulung.
Lebih 70 ruang korporat, empat bilik persalinan, sebuah kelab dan kolam renang bersaiz Olimpik antara kemudahan yang terdapat di stadium tersebut.
Memulakan pembinaannya pada Januari 2017, Sardar Patel akan mengatasi Eden Gardens di Kolkata yang kini merupakan stadium terbesar dengan kapasiti 66,000 tempat duduk, kurang 100,000 selepas projek pembinaan semula dilakukan. - AFP