Israel ‘tepuk tangan’ kekalahan Parti Buruh

Iklan
Reaksi Corbyn (tengah) selepas Parti Buruh pimpinannya tewas kepada Parti Konservatif pada Pilihan Raya Britain. - Foto: AFP

TEL AVIV - Komuniti Yahudi di United Kingdom (UK) menarik nafas lega selepas Parti Buruh pimpinan Jeremy Corbyn tewas pada Pilihan Raya Britain hari ini.

Malah, berita kekalahan itu mendapat liputan meluas dan disambut baik beberapa pemimpin utama Israel.

Iklan
Iklan

Rejim Zionis sebelum ini menyuarakan kebimbangan kemenangan Parti Buruh mampu menggugat hubungan Israel-Britain kerana Corbyn dilabel sebagai anti-semitik dan pro-Palestin.

"Komuniti Yahudi amat lega dengan keputusan pilihan raya ini. Akhirnya cita-cita Corbyn untuk menjadi Perdana Menteri terkubur,” kata Editor Jewish Chronicle, Stephen Pollard.

Iklan

Sementara itu, ahli Knesset Likud dan bekas Datuk Bandar Baitulmaqdis, Nir Barakat berkata, kekalahan Parti Buruh sudah dijangka kerana Corbyn mempromosikan kebencian.

"Ramalan saya tepat. Tahniah kepada Parti Konservatif dan Boris Johnson kerana meranapkan cita-cita besar Corbyn dan sekutunya,” kata Barakat.

Iklan

Corbyn sebelum ini pernah mendesak agar Palestin diiktiraf sebagai negara serta meminta eksport senjata Britain ke Israel dikaji semula sehingga menimbulkan kemarahan kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Minggu lalu, Menteri Luar Israel, Israel Katz, secara terbuka berkata, beliau berharap Corbyn akan kalah kepada Johnson.

Dalam pada itu, Corbyn, 70, mengumumkan beliau tidak akan memimpin partinya pada pilihan raya akan datang selepas kecewa dengan pemilihan semalam.

"Saya tidak akan memimpin parti ini dalam mana-mana kempen pilihan raya umum,” katanya selepas memenangi kerusi di utara London. - Agensi