'Silat milik kita, pencak silat Indonesia punya'

Iklan
Pencak silat, Silat

BOGOTA - Empat amalan kebudayaan yang berasal di Asia dimasukkan dalam senarai warisan berprestij UNESCO semalam.

Pada tahun ini, sebanyak 15 elemen ditambah dalam senarai Warisan Budaya bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ternilai agensi antarabangsa di bawah PBB itu selepas ia diputuskan 24 anggota Jawatankuasa Antara kerajaan untuk Perlindungan Budaya Tidak Ternilai.

Iklan
Iklan

Antara yang tersenarai adalah permainan hap di Ireland, festival musim sejuk di Carnival of Podence di Portugal dan 'le Samoa. tikar hasil anyaman tangan dengan nilai kebudayaan yang tinggi.

Senarai itu turut menyaksikan empat amalan yang kini diangkat sebagai Warisan Budaya bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ternilai.

Iklan

PENCAK SILAT (INDONESIA)

Seni mempertahankan diri ini digambarkan sebagai tradisi lama yang merangkumi pelbagai aspek, mental dan spiritual, pertahanan diri dan estetika.

Iklan

"Pergerakan dan gaya pencak silat mencerminkan keprihatinan artistik yang kuat dan memerlukan harmoni fizikal dengan iringan muzik," kata laman web badan tersebut.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Luar di Jakarta memaklumkan mereka mempunyai komitmen yang tinggi untuk memelihara pencak silat.

"Ia bukan hanya tertumpu pada aspek olahraga dan seni mempertahankan diri malah seni dan budaya," ujar kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, bentuk seni lain di Indonesia yang turut tersenarai adalah angklung, batik, pendidikan batik, wayang kulit dan tiga jenis tarian tradisional Bali.

SILAT (MALAYSIA)

Silat Malaysia digambarkan sebagai seni mempertahankan diri yang berasal dari Kepulauan Melayu.

"Ia berasal ketika era pemerintahan Kerajaan Langkasuka dan kini berkembang menjadi amalan latihan fizikal dan spritual yang dikaitkan dengan pakaian tradisional, peralatan muzik dan adat resam," jelas laman UNESCO tersebut.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pengiktirafan itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk memelihara salah satu khazanah warisan budaya paling berharga di negara tersebut.

Bentuk seni lain di Malaysia yang pernah tersenarai adalah Dondang Sayang dan Mak Yong.

NUAD THAI (THAILAND)

Teknik urutan tradisional berasal dari India ini yang diamalkan selama beberapa abad di Thailand didakwa membantu mengimbangi semula tubuh dan tenaga individu.

Nuad Thai melibatkan banyak pergerakan dan pelbagai posisi yang berbeza.

Pakar terapi turut menggunakan lengan dan lutut untuk memberi tekanan pada tubuh pelanggan selain tidak melibatkan sebarang penggunaan minyak.

Nuad thai

Nuad Thai mula terkenal selepas sebuah pusat khas dibuka pada 1960-an untuk melatih ahli terapi dari seluruh dunia.

Perkhidmatan urutan tersebut pada harga AS$5 (RM20) sejam boleh didapati di seluruh negara termasuk di Pantai Phuket dan spa.

Wakil Thailand yang menyertai mesyuarat UNESCO di Bogota, Colombia, Krairath Chantrasri menyifatkan pengiktirafan itu sebagai detik bersejarah dan dapat mempromosikan Nuad Thai ke seluruh dunia.

SENI KRAFTANGAN AK-KALPAK (KYRGYZSTAN)

Kehalusan kerja tangan dengan pengetahuan tradisional dan kemahiran tinggi diperlukan untuk menghasilkan 'ak-kalpak' yang merupakan topi putih dipakai lelaki di Kyrgyzstan.

Bentuk topi yang menyerupai puncak salji itu dengan empat elemen yang digambarkan sebagai simbol kehidupan.

Ak-kalpak

"Ak-kalpak dapat menyatukan puak dan komuniti Kyrgyz. Individu perlu mempunyai kemahiran yang sangat tinggi termasuk kepakaran sulaman corak untuk menghasilkan topi unik tersebut. Seni tersebut diwarisi daripada golongan ibu kepada anak perempuan mereka yang terlibat dalam komuniti kraftangan," ujar UNESCO dalam laman web mereka. - Agensi