NEW YORK - Dolar AS susut berbanding pound Britain pada Jumaat selepas Perdana Menteri Boris Johnson secara rasmi diumum memenangi pilihan raya umum Britain.
Pemimpin Parti Konservatif itu berikrar"merealisasikan Brexit" dan membawa negara keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Januari 2020, sekaligus menamatkan ketidakpastian yang telah melanda ekonomi sejak referendum Brexit pada 2016.