JPNK perlu kerjasama dengan PBT: Mukhriz
Iklan
Mukhriz (dua kiri) menyerahkan sijil kepada wakil SBI FC dari Sungai Petani di sini, hari ini.
JITRA - Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) perlu menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha membangunkan kemudahan di Taman Eko Rimba Bukit Wang.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerjasama antara JPNK dan Pejabat Daerah Kubang Pasu serta Majlis Perbandaran Kubang Pasu akan melancarkan operasi dan penyediaan kemudahan di taman eko rimba itu.
Iklan
Iklan
Katanya, kerajaan negeri berhasrat menjadikan taman eko rimba di negeri ini antara produk pelancongan.
"Kekangan kita ialah kemudahan yang perlu disediakan bukan sahaja untuk keselesaan pengunjung malah keselamatan mereka.
Iklan
"Kita mahu mengelakkan insiden di kawasan hutan itu," katanya selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak U9 & U11 Piala ADUN Jitra di Stadium Mini Jitra di sini hari ini.
Sebelum ini, tinjauan Sinar Harian di kawasan terbabit mendapati medan selera di situ belum beroperasi walaupun premis itu siap dibina selain tandas tiada bekalan air.
Iklan
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Panjang, Muhamad Sahabudin Senawi, 51, berharap semua pihak yang bertanggungjawab dapat menjalankan kerja-kerja menaik taraf medan selera supaya boleh beroperasi dengan kadar segera.
"Medan selera ini satu keperluan di kawasan rekreasi seperti ini. Setakat ini hanya ada beberapa peniaga yang berniaga secara kecil-kecilan di tapak letak kereta," katanya.
Seorang pengunjung dari Klang, Mohd Najib Kariman, 31, berkata, dia serta keluarga kecewa dengan kemudahan asas yang kurang selesa dan tidak mesra pengunjung.
Katanya, kawasan rekreasi itu mempunyai pemandangan indah dan dan memberi pengalaman menarik terutama kepada pelancong.
"Sayangnya tempat tukar pakaian tidak selesa, sukar mendapatkan kedai makan dan semuanya terpaksa bawa dari rumah," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam