[VIDEO] Budak beri tanda hormat selepas melintas di lintasan zebra

Iklan
Kanak-kanak perempuan menunduk badan ke arah kereta dipandu Mr Huang sebagai ucapan terima kasih kerana memberhentikan kereta ketika dia mahu melintas.

BEIJING - Tindakan seorang kanak-kanak menundukkan badan sebagai tanda hormat kepada pengguna jalan raya setelah memberi laluan kepadanya dan keluarga melintas jalan mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, sikap saling hormat-menghormati dan budi baik ditonjolkan itu membuatkan netizen berasa kagum.

Iklan
Iklan

Video berdurasi 35 saat dirakam melalui 'dashcam' memaparkan nilai positif yang wajar dijadikan contoh oleh masyarakat pada masa kini.

Kanak-kanak berkenaan diiringi oleh dua dewasa dipercayai ibu bapanya, ketika melintas jalan sebelum menunjukkan aksi yang cukup membanggakan.

Iklan

Video meraih 18,400 tontonan itu menunjukkan kanak-kanak itu dilihat menundukkan badannya ke arah kereta yang berhenti untuk memberi laluan kepadanya dan orang ramai melintas di lintasan zebra atau lintasan pejalan kaki.

Ketika beberapa langkah di hadapan, kanak-kanak tersebut berpusing ke arah kereta dan terus menundukkan badannya.

Iklan

Reaksi spontan yang dipamerkan oleh kanak-kanak itu juga simbolik ucapan terima kasih kepada para pemandu.

Tersentuh dengan reaksi itu, pemandu kereta dikenali Mr Huang telah memuat naik video itu di laman sosial dan tular.

Netizen @mpidiong berkata,"Menghormati dan anda akan dihormati, perasaan itu harus sentiasa bersama." ciapnya.