40 penternak ikan rugi RM1 juta

Iklan
Penternak menunjukkan sebahagian daripada ikan yang mati.

PASIR PUTEH - Seramai 40 penternak ikan air payau di sini mengalami kerugian lebih RM1 juta ekoran pencemaran air di Laguna Semerak dekat sini sejak awal Januari sehingga November lalu.

Mereka mendakwa kerugian itu berpunca akibat tumpahan minyak dari bot-bot nelayan di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Semerak, Budin Awang Teh, 50, berkata, situasi tersebut menyebabkan kandungan oksigen di kawasan itu berkurangan.

"Bila kandungan oksigen kurang, ditambah pula dengan air tidak mengalir ia akan memberikan kesan tidak baik kepada ikan-ikan yang kami bela.

Iklan

"Memburukkan lagi keadaan, ikan-ikan yang kami bela ini turut diserang penyakit kudis," katanya.

Budin menunjukkan air yang didakwa tercemar di Laguna Semerak.

Iklan

Menurutnya, antara ikan yang mati ialah dari spesis kerapu hibrid, siakap, siakap merah dan bawal emas.

Katanya, dia sendiri mengalami kerugian RM50,000 apabila benih ikan miliknya mati.

"Saya merayu pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar mengambil tindakan segera dengan membuka semula Kuala Semerak yang tertimbus bagi laluan air laut keluar masuk untuk membersihkan air dari sebarang bentuk pencemaran.

"Jika lambat bertindak kemungkinan besar ramai yang akan 'gulung tikar' kerana tidak sanggup lagi mengalami kerugian berterusan,” katanya.

Penternak menunjukkan sebahagian daripada ikan yang mati.

Sementara itu seorang penternak, Ong Eng Pu, 66, turut mengalami mengalami kerugian berjumlah RM135,000.

Katanya, ekoran masalah itu dia tidak dapat membekalkan ikan dengan sepenuhnya kepada pelanggan tetap di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.