MB Selangor bakal meriahkan Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi

Iklan
Gelanggang yang disediakan pihak penganjur. -Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijadual akan merasmikan program ‘Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi’ di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini esok.

Pengarah program, Mohd Farreez Rahmat berkata, kehadiran Menteri Besar Selangor pasti menambahkan kemeriahan program yang disertai 56 pasukan dari seluruh negara itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Amirudin juga bakal menyempurnakan acara berbasikal bersama 30 jemaah surau sebagai sebahagian daripada gimik upacara perasmian.

Lebih menarik, katanya program berkenaan akan turut dihadiri oleh ikon hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi.

Iklan

"Kehadiran menteri besar pasti akan memeriahkan lagi program ini yang dijangka dihadiri lebih 2,000 orang.

"Pemain bola keranjang kebangsaan, Yek Liang Chuan juga akan meluangkan masa bersama pengunjung pada program yang bermula jam 7.30 pagi dan dijangka berakhir pada jam 4.00 petang itu,” katanya.

Iklan

Sinar Harian bersama Sin Chew Daily menganjurkan program tersebut yang akan membawakan Pertandingan Street Soccer 4on4 dan Basketball 3on3 pada Ahad nanti di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweat & Shoot platform terbaik bersukan tanpa kira bangsa

Hadiah wang tunai berjumlah RM15,200 menanti pasukan terunggul di mana Johan akan membawa pulang RM3,000, naib johan RM2,000, ketiga RM1,200, keempat RM800 dan empat pasukan berjaya ke suku akhir menerima RM150.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya e-sports, basketball shootout, stage games, persembahan pancaragam dan artis popular tanah air.

Dalam pada itu, Mohd Farreez mengundang penduduk di sekitar Shah Alam dan kawasan berhampiran sama-sama hadir memeriahkan program tersebut kerana ada pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk mereka.

"Selain menyaksikan ‘street soccer’ yang sudah agak lama tidak dipertandingkan di Malaysia, ada pelbagai pempamer dan aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung.

"Antaranya pertandingan e-sports dan ‘Basketball Shoot Out’ yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM1,000. Saya pasti hujung minggu anda pasti meriah apabila menghadiri program ini,” katanya.

Untitled