Video dua bayi milik wajah serupa cecah 5.5 juta tontonan

Iklan
Wajah bayi seiras tular di laman sosial.

RAKAMAN video memaparkan dua bayi yang memiliki wajah seiras menjadi perbualan hangat netizen selepas tular di media sosial.

Secara kebetulan, ibu kedua bayi itu bertemu di sebuah pasar raya sebelum terkejut melihat wajah bayi mereka sama.

Iklan
Iklan

Memetik Facebook Countiss Azor, dia bersama anaknya yang dipanggil James meluangkan masa di sebuah pusat membeli-belah.

"Saya berada di sini dan ternampak seorang bayi kelihatan seperti anak saya. Apabila diselidik, James dan bayi bernama Jean lahir pada hari sama di hospital yang sama.

Iklan

"Mereka kelihatan sama!," tulisnya.

Klip video berdurasi 14 saat menunjukkan wajah dua kanak-kanak itu secara dekat dan kedua-dua ibu itu tidak mempercayainya kerana mereka kelihatan seperti kembar seiras.

Iklan

Walaupun tidak memakai baju yang sama tetapi wajah, rambut, mata mereka hampir sama kesemuanya!

Mungkin benarlah di dunia ini terdapat tujuh orang yang mempunyai muka yang seiras.

Video itu juga dimuat naik di Twitter @GetEmEasy hingga mencecah 5.5 juta tontonan dari netizen.

Rata-rata netizen membuat pelbagai andaian dan timbul spekulasi bahawa terdapat kisah 'tersembunyi' di sebalik wajah kanak-kanak ini.

Ada yang meminta kedua ibu ini membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berkemungkinan memiliki bapa yang sama selain netizen juga teruja melihat keserasian wajah kanak-kanak itu.