‘Kamu ada kaki, kenapa tak jalan’

Iklan
Gambar hiasan - Foto Agensi

SACRAMENTO - Tergamam dan ‘mati kutu’. Demikian situasi menimpa seorang wanita kulit putih apabila dia diajukan soalan ‘cepu emas’ selepas mengherdik wanita lain kerana tidak bertutur dalam bahasa Inggeris di sebuah kafe di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Pekerja kafe, Jey Izzle berkata, situasi janggal dan memalukan itu berlaku ketika dia sedang melayan seorang wanita Mexico yang juga pelanggan setia premis berkenaan.

Iklan
Iklan

"Seorang wanita kulit putih dan berkerusi roda muncul di hadapan kami dengan wajah penuh prejudis. Dia tidak berpuas hati dan rasa terganggu kerana kami bertutur dalam bahasa Sepanyol.

"Kemudian dia menengking kami ‘ini Amerika, kenapa kamu tidak bercakap Inggeris?," katanya.

Iklan

Tambah Izzle, dia hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Namun katanya, keadaan menjadi sunyi apabila wanita Mexico itu membalas herdikan tersebut;"Kamu ada kaki, kenapa tak jalan?

Iklan

"Saya tidak boleh bayangkan betapa malunya wanita kulit putih tersebut. Dia akhirnya beredar tanpa kata-kata.

"Dan wanita Mexico itu, saya berinya kopi percuma,” katanya.

Sikap perkauman dan diskriminasi masih menebal di AS dan ia semakin menjadi-jadi selepas Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-45 pada Januari 2017.

Malah Trump juga dituduh punca meningkatnya jenayah kebencian di negara Uncle Sam itu selepas menggelar rakyat Mexico sebagai perogol dan penjenayah. - Agensi