SHAH ALAM - Program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi akan diperluaskan lagi pada masa hadapan berikutan kejayaan penganjurannya kali ini.
Pengarah program ( Sinar Harian) Mohd Farreez Rahmat berkata, pihaknya bercadang untuk menganjurkan program berkenaan ke lokasi beberapa lokasi lain di seluruh negara.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penganjuran selepas ini akan mengetengahkan sukan yang berbeza.
"Secara keseluruhannya, program ini bertujuan memupuk semangat perpaduan, muhibah dan cintakan Malaysia.
"Buat julung kalinya, kita anjurkan di Shah Alam dalam situasi santai. Insya-ALLAH, dengan sambutan baik yang kita terima kali ini, kita merancang untuk perluaskan lagi program ini," katanya bagi mengulas program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi anjuran Sinar Harian dan Sin Chew Daily di Dataran Kumpulan Media Karangkraf hari ini.
Mohd Farreez memberitahu program berkenaan menyasarkan golongan muda dalam usaha menyemai semangat perpaduan dalam kalangan mereka.
"Kita mahu golongan ini memahami dan menghayati erti perpaduan. Selain itu, program ini mungkin dijadikan sebagai acara tahunan," katanya.