Muafakat Nasional bakal jadi BN 2.0: Mahfuz

Iklan
Mahfuz (dua dari kiri) menyampaikan kelengkapan sekolah kepada pelajar yang terpilih di Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar, Lepai Bukit Pinang di sini hari ini.

ALOR SETAR - Muafakat Nasional yang terjalin antara UMNO dan Pas disifatkan bakal menjadi gabungan BN versi 2.0 dalam masa terdekat yang turut ditolak rakyat.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, situasi itu akan berlaku memandangkan wujud rasa tidak percaya dan ragu-ragu terhadap kerjasama terbabit terutama dalam kalangan pimpinan dari UMNO sendiri.

Iklan
Iklan

Katanya, kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO lalu yang menyeru agar pimpinan dan ahli UMNO tidak terlalu mengharapkan kerjasama Muafakat Nasional bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sebaliknya memperkasakan serta memperkukuhkan kedudukan parti terbabit.

"Ia jelas terbukti pimpinan UMNO dilihat tidak ikhlas dan tidak mempercayai parti Pas yang telah lama menjadi musuh utama parti terbabit," katanya ketika ditemui pada Program Back To School Peringkat Parlimen Pokok Sena di Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar Lepai Bukit Pinang di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, pimpinan UMNO juga menunjukkan kerisauan apabila ada dalam kalangan mereka terlalu banyak mendedahkan strategi parti kepada pihak lain khususnya Pas.

"UMNO sendiri tidak ikhlas dengan kerjasama dalam Muafakat Nasional bersama Pas.

Iklan

Mohamad Hasan sendiri mengingatkan ahli UMNO supaya berjaga-jaga, jaga strategi, kena rahsia jangan telanjang semua.

"Jadi itulah dia UMNO, itulah dia Pas, itulah dia Muafakat Nasional dan saya percaya akhirnya kerjasama ini akan menjadi hanya sekadar Barisan Nasional 2.0," katanya.