LONDON - Mahasiswa jurusan psikologi dari Jamaica, Toni-Ann Singh dimahkotakan sebagai juara pertandingan ratu cantik Miss World 2019 dalam sebuah majlis di sini semalam.
Ia diikuti wakil dari Perancis, Ophely Mezino dan India, Suman Rao masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.
Dengan gelaran yang dimenanginya, pelajar lulusan Florida State University berusia 23 tahun itu akan berusaha untuk melakukan perubahan mampan bagi golongan wanita dan anak-anak mereka.
"Saya mahu membuat perubahan yang mampan, Jika bercakap tentang wanita, ia perlu menjadi sesuatu yang akan memastikan anak mereka dan anak kepada anak mereka mempunyai nilai hidup yang berbeza," katanya.
Toni-Ann yang menyanyikan lagu I Have Nothing dendangan Whitney Houston dalam pertandingan tersebut telah menerima mahkota daripada pemenang tahun lalu Vanessa Ponce dari Mexico. - Agensi