Buang najis kuda tanda protes

Iklan
Aktivis membuang najis kuda di hadapan COP di Madrid semalam. - Foto: Agensi

MADRID - Kumpulan aktivis bertindak membuang najis kuda dan mengadakan protes di hadapan venue Persidangan Perubahan Iklim (COP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP) di Madrid semalam bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kegagalan pemimpin dunia dalam menangani pemanasan global.

Dengan diketuai kumpulan Extinction Rebellion, tindakan itu dibuat susulan penutupan sidang kemuncak COP25 di mana perunding gagal mencapai persepakatan tentang bagaimana ingin melaksanakan perjanjian iklim Paris 2015.

Iklan
Iklan

Dalam bantahan itu, jurucakap Extinction Rebellion, Ronan McNern turut menekankan kepentingan menghadapi krisis iklim.

"Daripada najis terhasilnya bunga mawar terbaik. Kami berharap masyarakat antarabangsa akan bersama-sama untuk mencipta masa depan yang indah," katanya.

Iklan

Sementara itu salah seorang penunjuk perasaan, Emma Deane tidak dapat membayangkan nasib yang bakal dihadapi anak perempuannya membesar dalam dunia yang tiada makanan pada masa akan datang.

"Walaupun mereka mencapai persetujuan, ia masih tidak mencukupi. Ini adalah COP ke-25 dan tiada apa yang berubah," kata salah seorang penunjuk perasaan, Emma Deane. - Agensi

Iklan