Gempa kuat 6.8 magnitud gegar selatan Filipina

Iklan
Gempa bumi berkekuatan 6.8 magnitud melanda Mindanao hari ini menyebabkan air di sebuah kolam renang berkocak dan meja di sebuah restoran bergerak. - Foto: Agensi

MANILA - Selatan Filipina digegarkan dengan gempa bumi berukuran 6.8 magnitud hari ini namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu berpusat kira-kira 16 kilometer di barat daya Davao di pulau Mindanao pada kedalaman 28.2 kilometer.

Iklan
Iklan

Sehingga kini, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan bangunan dilaporkan. - Agensi