KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.
Kawasan yang terlibat di Pahang ialah Rompin manakala di Johor melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.