Bom tangan dalam pusat kitar semula

Iklan
Sebutir bom tangan ditemui di sebuah pusat kitar semula di Jawa Tengah. - Foto: Agensi

BANDUNG - Pekerja di sebuah pusat kitar semula di Jawa Tengah, Indonesia gempar apabila menemui sebutir bom tangan dalam premis itu hari ini.

Kejadian berlaku di daerah Leuwigajah, Cimahi Selatan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Cimahi Selatan, Komisioner Ana Sudarna berkata, bahan letupan itu ditemui dalam plastik hitam semasa kerja pembersihan di premis berkenaan.

"Ia seperti baru tapi kami tidak tahu sama ada ia aktif ataupun tidak. Kami masih melakukan pemeriksaan.

Iklan
Iklan

"Apa pun, kami menasihati anggota masyarakat supaya melaporkan terus sebarang penemuan objek mencurigakan kepada polis," katanya. - Agensi