Banjir: Keluarga diraja Johor lawat pusat pemindahan banjir esok

Iklan
Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di PPS mangsa banjir Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kota Tinggi semalam.

JOHOR BAHRU- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bersama Permaisuri Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta anggota keluarga diraja lain akan melawat pusat-pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka untuk mangsa banjir di negeri ini, bermula esok.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi baginda hari ini, Sultan Ibrahim turut memaklumkan akan mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan wakil kerajaan negeri, polis dan pasukan bomba untuk membincangkan perihal lawatan itu.

Iklan
Iklan

Baginda turut menasihati mangsa yang terjejas agar sentiasa mengikut arahan diberikan pasukan penyelamat bagi memastikan keselamatan mereka.

Setakat 5 petang tadi, seramai 5,592 mangsa daripada 1,549 keluarga berada di 63 pusat pemindahan sementara yang dibuka di sembilan daerah negeri ini.

Iklan

PPS itu merangkumi 10 buah di Mersing, 14 (Kota Tinggi), 20 (Kluang), 11 (Segamat), masing-masing dua di Batu Pahat, Kulai dan Johor Bahru, serta sebuah masing-masing di Pontian dan Muar. - BERNAMA

Iklan