Impian Wann, Noorshila Amin ke final GV6 lebur

Iklan
Gambar kiri: Noorshila, gambar kanan: Wann
Impian Wann, Noorshila Amin untuk melangkah ke pentas akhir Gegar Vaganza musim keenam (GV6) lebur apabila diumumkan tersingkir pada minggu separuh akhir GV6 yang disiarkan secara langsung daripada Auditorium MBSA, Shah Alam malam tadi.

Menerusi persembahan yang bertemakan Fab (Fabulous) Wan menyampaikan lagu Ku Gembira Di Sampingmu nyanyian asal Datuk Khadijah Ibrahim dan duet bersama Zarul Husin untuk lagu Dua Insan. Manakala Norshila Amin pula menyampaikan lagu Kerna Terpaksa (Francissca Peter) dan seterusnya berduet bersama Ifa Raziah bagi lagu Dialah Di Hati.

Penyingkiran Wann dan Noorshila itu menyaksikan enam bintang iaitu Naqiu, Hady Mirza, Sham Visa, Jatt Ali, One Nation Emcee dan Nurfatima layak ke minggu kelapan.

Iklan
Iklan

Ke semua peserta diadili dua juri profesional, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala Datuk M Nasir sebagai juri jemputan.

Sementara itu, Hady Mirza telah memenangi anugerah Bintang Cili Padi. Manakala One Nation Emcee telah memenangi Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini.

Iklan

Penyanyi Veteran, Fredo Flybaits pula menerima sumbangan RM10, 000 dari penaja utama, Farm Fresh menerusi segmen Kongsi Rezeki.

GV6 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) yang memperlihatkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse selaku pengacara.

Iklan