Greenwood selamatkan maruah Manchester United di Old Trafford

Iklan
Greenwood (tengah) meraikan jaringannya yang juga gol penyamaan Manchester United ketika melayan kunjungan Everton di Old Trafford malam ini.

MOMENTUM dua kemenangan berturut-turut Manchester United pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) terhenti apabila sekadar melakar keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan Everton di Stadium Old Trafford, malam ini.

Skuad Ole Gunnar Solskjær itu sebelum ini menang dua perlawanan terakhir menentang Manchester City dan Tottenham Hotspur selepas itu terlebih dulu ketinggalan babak pertama hasil jaringan sendiri Victor Lindelof pada minit ke-36.

Iklan
Iklan

Skuad pelawat kendalian Duncan Ferguson selepas itu tampil dengan corak lebih banyak bertahan bagi memastikan kedudukan pada babak pertama kekal 1-0.

Babak kedua menyaksikan The Red Devils terus menggandakan asakan, namun benteng pertahanan perlawat sering mengagalkan percubaan anak buah Solskjær.

Iklan
Iklan

Gol dicari Manchester United akhirnya hadir menerusi pemain gantian Mason Greenwood yang menggantikan Jesse Lingard pada minit ke-65 apabila pemain remaja berusia 18 tahun menyudahkan hantaran Daniel James minit ke-77 untuk kedudukan 1-1.