PRK Kimanis diteruskan: SPR

Iklan
Azhar Azizan ketika mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabah di ibu pejabat SPR hari ini. Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabah akan diteruskan meskipun ada ura-ura bekas penyandangnya, Datuk Seri Anifah Aman memfailkan semakan kehakiman berhubung keputusan mahkamah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ini kerana pihaknya masih belum menerima apa-apa perintah pergantungan prosedur daripada mana-mana pihak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sesuatu keputusan yang diputuskan oleh mahkamah adalah sah dan perlu dilaksanakan.

"Mengikut perlembagaan, kita ada 60 hari dari tarikh 10 Disember untuk mengisi kekosongan itu.

Iklan

"Kita perlu adakan pilihan raya dalam tempoh yang akan berakhir 7 Februari," katanya kepada pemberita selepas sidang media PRK Kimanis di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Kimanis 18 Januari depan

Terdahulu, SPR mengumumkan tarikh mengundi bagi PRK Kimanis ditetapkan pada 18 Januari 2020.

Iklan

Pada 9 Disember lalu, Peguam Anifah, Tengku Ahmad Fuad dilapor berkata, anak guamnya dijangka akan memfailkan semakan terhadap keputusan mahkamah yang memutuskan kemenangannya di Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak sah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Persekutuan kekal keputusan batal kemenangan Anifah

PRK Kimanis diadakan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya menolak kemenangan Anifah sebagai tidak sah dan terbatal.

Pada 16 Ogos lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya menolak kemenangan Anifah selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya sekali gus membenarkan petisyen pilihan raya dikemukakan calon Parti Warisan, Datuk Karim Bujang.

Pada PRU lalu, Anifah memperoleh 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Karim yang mendapat 11,786 undi manakala calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Jaafar Ismail memperoleh 1,300 undi.