Filipina giat usaha cari mangsa bangunan runtuh

Iklan
Anggota penyelamat berusaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan pusat beli-belah di Padada. - Foto Agensi

MANILA - Pasukan keselamatan di selatan Filipina hari ini giat menjalankan usaha mencari mangsa selamat di bawah runtuhan sebuah pusat beli-belah akibat gempa bumi kuat yang turut meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa semalam.

Pegawai pengurusan bencana memberitahu, lima orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan Pusat Beli-belah Southern Trade di Padada, sebuah pulau di Mindanao yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pusat gempa.

Iklan
Iklan

Anggota penyelamat terpaksa menggunakan gergaji dan peralatan pengimejan haba untuk mencari mangsa yang selamat.

"Peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup sangat tipis," kata pegawai bencana serantau, Christopher Tan.

Iklan

Dalam kejadian gempa berkekuatan 6.8 pada skala Richter semalam, seorang budak perempuan berusia enam tahun terbunuh selepas dihempap tembok rumahnya yang runtuh.

Pasukan penyelamat turut menemui dua lagi mayat wanita ketika usaha mencari pada waktu malam. - Agensi

Iklan