Harga bawang merah naik
Iklan
Mohd Fauzi menunjukkan bawang merah kecil rose yang kini dijual RM12 sekilogram di Pasar Besar Alor Setar di sini.
ALOR SETAR - Harga bawang di daerah ini didapati mengalami kenaikan antara 25 hingga 50 peratus sejak tiga minggu lepas.
Tinjauan Sinar Harian mendapati harga bawang dijual antara RM3.5 hingga RM12 sekilo mengikut jenis di Pasar Besar Alor Setar di sini.
Iklan
Iklan
Pengerusi Pasar Besar Alor Setar, Mohd Fauzi Sharip berkata, harga bawang naik mendadak sejak tiga minggu lepas disebabkan beberapa faktor termasuklah cuaca.
Menurutnya, kini bawang merah kecil rose dijual sekitar RM12 sekilogram (kg) berbanding sebelum ini hanya RM6.
Iklan
"Dua jenis bawang merah lagi turut naik harga daripada RM6 kepada RM8 manakala bawang besar dijual RM5 berbanding RM3.50 pada beberapa minggu lepas.
"Hanya bawang Holland tidak terkesan dengan kenaikan itu apabila masih dijual sekitar RM3.50," katanya.
Iklan
Mohd Fauzi yang juga Pengerusi Pemantau Pengguna Negeri Kedah berkata, beliau mendapati harga bawang di kawasan lain turut dijual pada harga hampir sama berdasarkan pemantauan di seluruh Kedah.
"Tidak dinafikan, kebanyakan pengguna merungut apabila mendapati harga bawang naik mendadak apatah lagi pada Disember ada banyak majlis keraian.
"Bagaimanapun, kami tidak dapat buat apa-apa memandangkan peniaga juga terpaksa membeli pada harga tinggi daripada pembekal. Jadi kita cuba terangkan kepada pengguna sebaik-baiknya sehingga mereka faham," katanya.
Katanya, kenaikan harga bawang itu dipercayai disebabkan akibat kekurangan bekalan dan faktor cuaca di India.
Mohd Fauzi berkata, pihaknya mendapati harga beberapa jenis sayur-sayuran juga meningkat sejak akhir-akhir ini.
Sementara itu, peniaga, Sum Sew Ling, 48, berkata, harga tomato, sawi, daun bawang dan timun naik sekali ganda kebelakangan ni.
"Pada minggu lepas, kebanyakan sayur itu dijual sekitar RM2 ke atas mengikut jenis namun kini terpaksa dijual lebih kurang RM4 ke atas.
"Apabila disoal mengenai kenaikan harga sayur kepada pembekal, kami dimaklumkan ia disebabkan bencana banjir yang berlaku di kawasan berkenaan," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam