Protes undang-undang kerakyatan India memuncak

Iklan
Polis menggunakan kekerasan ketika menyuraikan orang ramai yang menyertai protes rang undang-undang kerakyatan India. -Foto AFP

NEW DELHI - Protes terhadap undang-undang kerakyatan kontroversi di timur laut India semakin memuncak apabila perusuh bertindak membakar empat buah bas awam sehingga memaksa polis melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan.

Bantahan di ibu negeri Assam, Guwahati sejak semalam sehingga kini telah meragut enam nyawa dan mencederakan kira-kira 100 aktivis kebanyakannya pelajar universiti.

Iklan
Iklan

Media tempatan melaporkan, hampir 5,000 orang menyertai bantahan tersebut dengan berpuluh-puluh pelajar ditahan semalaman di lokap.

Rang undang-undang itu diluluskan Parlimen India Rabu lalu, membolehkan kerakyatan diberi kepada jutaan pendatang haram kecuali beragama Islam yang memasuki India dari tiga negara jiran pada atau sebelum 31 Disember 2014.

Iklan

Tetapi, pengkritik mendakwa rang undang-undang itu adalah sebahagian daripada agenda Perdana Menteri, Narendra Modi dan nasionalis Hindu bagi mengecilkan populasi penduduk Islam yang berjumlah 200 juta orang di negara berkenaan. Modi berulang kali menafikan tuduhan berkenaan.

Assam, negara terpencil dan terasing dengan 33 juta penduduk sekian lama menyaksikan kemasukan warga asing sejak di bawah pemerintahan kolonial British dan sekitar perang kemerdekaan Bangladesh pada 1971 ketika berjuta-juta penduduk melarikan diri ke India.

Iklan

Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, Assam menjadi medan pertelingkahan antara agama dan ketegangan etnik.

Antara tragedi paling buruk adalah pembunuhan beramai-ramai pada 1983 yang mengorbankan kira-kira 2,000 orang. - Agensi