Patuhi adab, kesusilaan berkomunikasi di alam pekerjaan
Iklan
Tuanku Syed Faizuddin (tengah) bergambar bersama pelajar Perlis di Madinah, Arab Saudi yang diadakan di Hotel Intercontinental Madinah Al Munawarah Arab Saudi kelmarin.
KANGAR - Adab dan tatasusila ketika berkomunikasi terutama dalam alam pekerjaan merupakan perkara yang sangat penting.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian ketika berkenan berangkat mengadakan pertemuan dengan pelajar Perlis di Madinah, Arab Saudi yang diadakan di Hotel Intercontinental Madinah Al Munawarah Arab Saudi, kelmarin.
Iklan
Iklan
"Elakkan daripada menggelar rakan sekerja dengan panggilan yang tidak baik.
"Ini kerana ia boleh merenggangkan keharmonian dalam suasana bekerja," titah baginda.
Iklan
Menurut Baginda, pada masa yang sama, jauhi sifat prasangka buruk kerana ia nya hanya akan mewujudkan perbalahan dan perpecahan semata-mata.
"Dilarang mengintip atau mencari kesalahan orang lain. Ingatlah satu jari yang menunding pada orang lain, maka baki empat jari lagi akan menunding pada diri kita sendiri," titah baginda.
Iklan
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Perlis di Madinah, Luqmanul Hakim Muhamad Jamil.
Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor yang turut berkongsi maklumat perkembangan terkini di Perlis seperti Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs), Sekolah Amanah Jamalullail Perlis dan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM).
Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs kepada para pelajar Perlis di Madinah yang mana masing-masing menerima RM2,000 setiap seorang.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam