KOTA TINGGI - Kira- kira 200 pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Jalan Kota Tinggi- Mersing terperangkap sejak 24 jam lalu berikutan jalan berkenaan dilanda banjir.
Difahamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sudah membuka pos kawalan hadapan sejak jam 12 tengah hari tadi.
Iklan
Iklan
Agensi penyelamat bersiap sedia menyelamatkan mangsa yang terperangkap di Jalan Mersing-Kota Tinggi.
Iklan
Setakat jam 3.54 petang tadi, seramai 84 orang telah diselamatkan dan ditempatkan di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Kota Tinggi.
Laluan utama Kota Tinggi-Mersing dinaiki air banjir menyebabkan terdapat kawasan menjadi seperti pulau.
Iklan
Tinjauan udara oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor di laluan Kota Tinggi- Mersing.
Usaha masih dilakukan bagi menyelamatkan kesemua pengguna jalan raya yang terkandas.