KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan sebuah kapal selam milik negara yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah RM100 juta setahun, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, berkata, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan operasi serta logistik.