KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar hari ini hadir di Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung artikelnya tentang komunis yang disiarkan oleh sebuah portal, 8 Disember lalu.
Beliau yang tiba pada jam 2 petang diambil keterangan lebih sejam oleh pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).
Iklan
Iklan
Zainul Rijal yang dihubungi memaklumkan polis turut meminta pandangannya tentang isu komunis, perjumpaan menyokong PKM (Parti Komunis Malaya) dan (isu) bawa abu mayat Chin Peng.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya memanggil Zainul Rijal untuk membantu siasatan.
"Kita ingin mendapat pandangannya sebagai seorang peguam berkaitan isu abu Chin Peng dan perjumpaan bekas anggota PKM (di Kajang) bagi melengkapkan kertas siasatan,” ujarnya.
Terdahulu, satu artikel ditulis Zainul Rijal menyatakan komunis bukanlah wira yang perlu dijulang sebaliknya pengkhianat negara, merosakkan negara dan mahu menjajah dengan menerapkan ideologi komunis mereka di negara ini.- Bernama
Artikel Berkaitan