IPOH - Sebanyak 40 video yang mengisahkan mengenai keunikan di negeri Perak bakal dihasilkan menjelang suku pertama 2019.
Exco Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan Perak, Tan Kar Hing berkata, kesemua video hasil terbitan anak tempatan itu akan memaparkan mengenai destinasi pelancongan, makanan serta kebudayaan yang ada di Perak.
Menurut Kar Hing, dengan paparan video berkenaan, diharap dapat membantu mempromosikan Perak sebagai destinasi pelancongan menarik di rantau ini.
"Paparan video ini adalah kaedah baharu untuk kita promosikan pelancongan di Perak dan ia memang berbeza dengan kaedah sebelum ini.
"Video-video ini juga bukanlah dalam kategori video korporat, tetapi lebih berbentuk kepada 'penceritaan' mengenai keunikan Perak itu sendiri," katanya.
Kar Hing berkata demikian pada sidang media sempena program Let's Travel To Malaysia - Perak - Ipoh di Weil Hotel, hari ini.
Katanya, perkhidmatan penerbangan berkenaan dijangka akan mula beroperasi pada suku pertama tahun ini.
"Penerbangan ini adalah bukti bahawa kita serius dalam menjalinkan kerjasama dengan China.
"Selain itu, kita kan menyediakan penerbangan seumpamanya ke beberapa bandar utama di sekitar Asean," katanya.