Barang kemas RM265 juta milik anak bekas CEO Formula One lesap

Iklan
Tamara Ecclestone. - Foto Agensi

LONDON - Barangan kemas bernilai AS$64 juta (RM265 juta) milik anak perempuan hartawan Britain, Bernie Ecclestone, lesap dalam satu rompakan di rumahnya di Billionaire Row, London.

Tamara Ecclestone dikatakan berang dengan kejadian itu memandangkan kawasan kediamannya dikawal ketat pasukan keselamatan 24 jam sehari yang sering melakukan rondaan termasuk sistem keselamatan dalaman yang dipasang di dalam rumah.

Iklan
Iklan

Menurut laporan akbar The Sun, perompak memecah masuk ke kediaman Tamara melalui taman dan mencuri barangan kemas milik mangsa yang disimpan di dalam peti besi di bilik tidurnya.

Ketika kejadian, Tamara yang juga merupakan model dan selebriti di Britain baru sahaja meninggalkan negara untuk bercuti sempena Hari Krismas.

Iklan

"Saya mengesahkan terdapat pencerobohan di rumah keluarga Tamara dan suaminya, Jay Rutland. Pihak keselamatan sedang bekerjasama dengan polis dalam hal ini," kata jurucakap keluarga itu.

Anak perempuan kedua bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Formula One itu adalah antara penghuni yang tinggal di Kensington Palace Gardens yang turut menempatkan kediaman Duta Besar Perancis dan Rusia.

Iklan

Selain itu, kediaman mewahnya turut berhampiran dengan Istana Kensington yang merupakan kediaman rasmi Putera William dan isterinya, Kate Middleton.

Menurut portal dalam talian Zoopla, purata harga hartanah di sekitar kawasan kediaman Tamara bernilai AS$48.81 juta (RM202.17 juta). - Agensi