Tarik balik pengharaman buku G25 bukti kebebasan bersuara

Iklan
P Waytha Moorthy

PUTRAJAYA - Keputusan kerajaan untuk menarik balik pengharaman buku oleh kumpulan prokesederhanaan G25 merupakan petanda jelas dan jitu dalam mendukung rasa hormat terhadap hak asasi manusia, terutamanya berkaitan dengan kebebasan bersuara.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata, keputusan penting ini selaras dengan Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyatakan setiap orang berhak kepada kebebasan mengeluarkan pendapat dan buah fikiran, termasuk kebebasan untuk memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran menerusi mana-mana media dan tanpa mengira sempadan.

Iklan
Iklan

Menurut laporan itu, penarikan balik pengharaman buku bertajuk 'Breaking The Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy' oleh G25 telah direkodkan secara rasmi dalam warta Persekutuan.

Laporan itu berkata, pembatalan arahan pengharaman itu ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertarikh 21 November dan direkodkan dalam warta Persekutuan bertarikh 10 Disember.

Iklan
Iklan

Waytha Moorthy berkata, kerajaan akan terus membina sebuah masyarakat harmoni yang menghormati pelbagai pendapat dan pandangan mengenai isu-isu asas, membenarkan lebih banyak perbincangan intelektual, sekaligus membolehkan idea berkembang dan ditambah baik dari semasa ke semasa. - Bernama