BANGKOK - THAILAND. Tuntutan suaka yang diminta seorang wanita muda Arab Saudi yang menolak deportasi dari Thailand mungkin akan mengambil masa beberapa hari untuk disemak, menurut Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) di Thailand pada Selasa.
"Kita perlu memproses untuk menentukan langkah seterusnya. Kami sangat berbesar hati kerana pihak berkuasa tidak berkeras untuk menghantarnya pulang," kata wakil agensi itu, Giuseppe de Vicentiis
Iklan
Iklan
Rahaf Mohammed al-Qunun, 18, tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok dari Kuwait pada akhir minggu lalu selepas dia melarikan diri dari keluarganya yang didakwa melakukan penderaan fizikal dan mental ke atasnya.
Menurut Qunun, dia merancang untuk memohon suaka di Australia kerana bimbang akan dibunuh jika dihantar pulang pihak berkuasa imigresen Thailand yang menahannya pada Ahad lalu.
Difahamkan, dia telah meninggalkan lapangan terbang Bangkok dan diletakkan di bawah jagaan UNHCR. - AFP