Janji untung berganda, tapi lesap RM135,000

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Wazir

KUANTAN - Seorang wanita berputih mata apabila wang dilaburkan untuk mendapatkan pulangan berlipat kali ganda lebur selepas diperdayakan kenalan Facebook yang baru dikenali November lalu.

Dalam kejadian tersebut, wanita berusia 51 tahun itu membuat 'pelaburan' sebanyak RM135,000 selepas tertarik dengan keuntungan dijanjikan sehingga RM481,000.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa membuat bayaran berjumlah RM113,020 ke akaun bank atas nama dua individu yang menyamar sebagai pegawai bank dari Indonesia dan RM22,500 lagi atas nama seorang wanita kononnya pegawai Bank Negara.

"Selepas 'wang pelaburan' dijelaskan seperti yang diminta, mangsa mula curiga apabila wang keuntungan dijanjikan tidak nampak bayangnya.

Iklan

"Mangsa syak telah ditipu lalu tampil membuat laporan polis semalam," katanya.

Mohd Wazir berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Iklan