Lelaki ditemukan lemas selepas keluar menjala

Iklan
Gambar hiasan

KANGAR - Seorang lelaki ditemukan mati lemas di Sungai Tebing Tinggi, Bintong di sini selepas keluar menjala ikan seorang diri, semalam.

Ketua Polis Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, mangsa, Don Kipli Had, 55, keluar seorang diri untuk menjala ikan kira-kira 3 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sejak petang, anak saudaranya, Hilmi Harief, 26, bertindak mencari di kawasan sekeliling hanya menemui motosikal di tebing sungai dan terus membuat laporan polis.

"Kira-kira 10.45 malam semalam, pasukan Bomba yang berada di kawasan kejadian telah membawa keluar mayat mangsa dan anak saudaranya mengesahkan mangsa tersebut adalah bapa saudaranya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurut Wari, pemeriksaan ke atas mayat dan di kawasan sekeliling tidak mempunyai sebarang kesan yang boleh dikaitkan dengan jenayah.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Iklan