UKM FC idam bersaing pentas Piala Malaysia 2020

Iklan
SULAIMAN

JURULATIH UKM FC, Sulaiman Hussin meletakkan sasaran The Varsity Boys mara ke saingan Piala Malaysia 2020 pada kempen Liga-Malaysia (Liga-M) 2020.

Biarpun menamatkan saingan di kedudukan ke lapan Liga Premier musim lalu, namun kejayaan beraksi pada dua final Piala Cabaran sebelum ini menjadi suntikan untuk mempamerkan aksi cemerlang dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Iklan
Iklan

"Tahun ini kalau boleh kita tidak mahu lagi bermain di Piala Cabaran, kita sasarkan beraksi di Piala Malaysia. Sudah pasti ia bukan suatu tugas yang mudah kerana pasukan-pasukan di Liga Premier telah mempersiapkan pasukan mereka untuk menjadi juara liga dan mahu merebut kejuaraan Piala Malaysia.

"Saya yakin dengan pemain-pemain yang ada akan memberikan komitmen tinggi dan bermain dengan baik," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Walaupun kehilangan beberapa pemain utama seperti Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman dan Wan Mohammed Afiq Wan Kasbi yang telah berhijrah ke pasukan baharu, namun persiapan pasukan tidak terencat kerana kekosongan itu diisi dengan pemain baharu.

"Saya selalu pesan kepada pemain jika mereka mendapat tawaran lebih baik daripada mana-mana pasukan saya galakkan mereka pergi. Tetapi kebanyakan pemain musim lalu masih kekal bersama kita.

Iklan

"Kita telah bawa naik beberapa pemain baharu ke pasukan utama bagi memantapkan pasukan UKM. Kita yakin dengan pendedahan yang diberikan ini akan mematangkan pemain ini untuk menjadi pemain berkualiti," katanya.

Mengulas lanjut Sulaiman turut menjelaskan dia dan pemain masih menunggu lampu hijau pengurusan pasukan untuk memulakan latihan bagi persiapan Liga-M.

"Buat masa sekarang pihak pengurusan masih menyelesaikan urusan pentadbiran, dana dan persiapan perbelanjaan kewangan untuk satu musim. Saya dimaklumkan ia akan diumumkan pada 18 Disember ini," katanya.

Ditanya mengenai peluang UKM mencabar kejuaraan liga musim ini berdasarkan kewujudan empat feeder club seperti JDT II, Selangor II, TFC II dan Perak II, dia ia bukan tiket mudah bagi pasukannya menempatkan diri sekurang-kurangnya di kedudukan dua terbaik.

"Lihat sahaja pasukan Kuala Lumpur, mereka berbelanja besar pada tahun ini untuk menguatkan pasukan. Selain itu bagi feeder club pula memang kewujudan mereka untuk tujuan pembangunan bola sepak dan mempersiapkan pemain untuk pasukan utama tetapi ada pasukan ambil sampai empat pemain import.

"Jadi tiada jalan mudah buat UKM FC selain mendapatkan keputusan baik bagi setiap perlawanan. Sekurang-kurangnya kita akan berusaha untuk kekal di kelompok sembilan pasukan terbaik bagi mengelakkan disingkirkan," katanya.