Setahun pemergian Adib: Famili harap kebenaran terus dicari

Iklan
Pusara Allahyarham Muhammad Adib di Masjid Kariah Kampung Tebenggau, Kuala Kedah.

ALOR SETAR - Keluarga Pegawai Bomba (PB) Muhammad Adib Mohd Kassim terus mengharapkan kebenaran di sebalik punca kematian dapat dicari dan terbongkar meskipun hari ini genap setahun pemergian Allahyarham.

Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, mereka sekeluarga juga berharap kerajaan dan polis dapat membawa pesalah yang menyebabkan kematian anaknya ke muka pengadilan serta dijatuhkan hukuman setimpal.

Iklan
Iklan

"Keputusan inkues pun masih baru (diumumkan 27 September 2019) dan kami tidak dapat nak ulas apa-apa sangat setakat ini. Kita beri masa kepada polis untuk buat siasatan, cari dan tangkap (mereka yang menyebabkan kematian Muhammad Adib).

"Kita tengok macam mana nanti. Tapi kita mengharapkan supaya polis bersungguhlah dalam menjalankan siasatan ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah hari ini.

Iklan
Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid

Mohd Kassim berkata, dia sekeluarga sentiasa menunggu dan memerhati setiap tindakan dilakukan pihak berkuasa dalam mengendalikan kes tersebut serta berharap siasatan secara telus dapat dilakukan.

Semalam, media melaporkan polis sedang mengesan sembilan saksi bagi membantu kes kematian Allahyarham Muhammad Adib.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis kesan sembilan individu bantu siasat kematian Adib

Laporan Sinar Harian semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed berkata, individu berkenaan diminta tampil bagi membantu pihak polis menyiasat kes berkenaan.

Menurutnya, sembilan saksi tersebut bukan suspek tetapi dipercayai berada di sekitar kawasan berkenaan ketika kejadian berlaku.

Pada 27 September lalu, Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah putuskan Adib dipukul sekumpulan lelaki

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.